ISNIN, 25 FEB 2013 - Kampung Bungin, air Batang Saribas berkocak lagi apabila sekali lagi tahun ini Regatta Pesta Bungin menemui pengunjung 8 hingga 10 Mac 2013 akan datang. Datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan beberapa aktiviti/program yang dianjurkan pada tahun ini. Di antara aktiviti lain yang mengisi ruang pesta tersebut ialah Le Tour De Saribas (Lumba Basikal), Pentas Hiburan, Pertandingan Lagu Duet P.Ramlee, Pertandingan Bola Sepak, Pertandingan Sepak Takraw, Gerai Jualan dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang telah disusun atur oleh Jawatankuasa Tetap Pesta Bungin. Datanglah bersama keluarga, sahabat dan rakan-rakan bagi menyaksikan sendiri Pesta Bungin 2013.