Selasa, Mac 16, 2010

Menerima Sijil Penyertaan & Hadiah Kemenangan

Sepanjang 3 hari perlumbaan bermula 12, 13 dan 14 Mac 2010 sebanyak 39 buah perahu telah didaftar untuk menyertai 6 kategori yang dipertandingkan melibatkan 30 tuan perahu/penaja.

Perahu Sri Raja Ular Lidi kepunyaan Karim ak Lepoh telah menempah sejarah pada Pesta Bungin 2010 kali ini kerana berjaya menjadi Juara kategori 30 Pekayuh Lelaki dan dinobatkan sebagai "RAJA AIR" pada acara Regatta kali ini. Manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh Gajah Puteh kepunyaan Lee ak Kedit dan Kumus Raja Burung 1 kepunyaan Ali Biju. Setiap pemenang menerima hadiah berupa Wang Tunai, Sebuah Tropi dan Sijil. Selain daripada acara Akhir atau Lumba Kejohanan acara Saringan 1 & 2 yang berlangsung 2 hari yang lepas (Jumaat & Sabtu) juga turut menerima hadiah berupa Wang Tunai, Sebuah Tropi dan Sijil bagi perahu yang merangkul Johan, Naib Johan dan tempat Ketiga.

YB DR. Hj. Wahbi menyampaikan Piala "Raja Air"
Naib Johan & Pemenang Tempat Ketiga menerima piala kemenangan masing-masing
Keputusan penuh acara lumba perahu adalah seperti berikut:
Saringan 1:
a) 10 Pekayuh: Johan - Beragai 2, Naib Johan - Sri Raja Ular Lidi A, Ke-3 - Kumus Raja Burung 2
b) 15 Pekayuh: Johan - Beragai 4, Naib Johan - Raja Belalang, Ke-3 - Kumus Raja Burung 2
c) 20 Pekayuh: Johan - Beragai 1, Naib Johan - Gajah Puteh, Ke-3 - Sri Raja Ular Lidi A
d) 25 Pekayuh: Johan - Gajah Puteh, Naib Johan - Sri Raja Ular Lidi, Ke-3 - Garuda Terbang
e) 30 Pekayuh: Johan - Sri Raja Ular Lidi, Naib Johan - Gajah Puteh, Ke-3 - Satu Malaysia
Saringan 2:
a) 10 Pekayuh: Johan - Sri Raja Ular Lidi B, Naib Johan - Beragai 3, Ke-3 - Kumus Raja Burung 2
b) 15 Pekayuh: Johan - Gajah Puteh, Naib Johan - Beragai 5, Ke-3 - Kumus Raja Burung 2
c) 20 Pekayuh: Johan - Beragai 6, Naib Johan - Raja Belalang, Ke-3 - Sri Raja Ular Lidi B
d) 25 Pekayuh: Johan -Beragai 7, Naib Johan - Raja Belalang, Ke-3 - Satu Malaysia
e) 30 Pekayuh: Johan -Beragai 7, Naib Johan - Kumus Raja Burung 1, Ke-3 - Sunami Menyapu Aceh
Akhir/Lumba Kejohanan:
a) 10 Pekayuh (L): Johan - Sri Raja Ular Lidi B, Naib Johan - Beragai 3, Ke-3 - Kumus Raja Burung 2
b) 15 Pekayuh (L): Johan - Raja Belalang, Naib Johan - Beragai 4, Ke-3 - Kumus Raja Burung 2
c) 15 Pekayuh (P): Johan - Sri Raja Ular Lidi A, Naib Johan - Beragai 4, Ke-3 - Kumus Raja Burung 2
d) 20 Pekayuh (L): Johan - Gajah Puteh, Naib Johan - Beragai 6, Ke-3 - Sri Raja Ular Lidi A
e) 25 Pekayuh (L): Johan - Beragai 7, Naib Johan - Gajah Puteh, Ke-3 - Sri Raja Ular Lidi
f) 30 Pekayuh (L): Raja Air - Sri Raja Ular Lidi, Naib Johan - Gajah Puteh, Ke-3 - Kumus Raja Burung 1

Lumba Perahu 2010

Lensa Kamera 2010


"Konsert Terbuka" - Persembahan daripada Band Keswari & Un-Xtream

Final Bola Sepak 2010


Tetamu kehormat turut hadir menyaksikan perlawanan akhir di antara Bungin Plus dengan Remaja Betong
(Dari kiri: Penghulu Hj. Seliman, YB DR Hj. Wahbi & Tn. Hj. Abg Morni)
Pasukan Bungin Plus telah menjadi Juara Bola Sepak sempena Pesta Bungin 2010 dengan menewaskan Remaja Betong dalam perlawanan akhir dengan keputusan 2-1. Juara menerima Wang Tunai RM3,000 dan sebuah tropi manakala Naib Johan menerima wang tunai RM1,500 dan sebuah piala. Manakala pasukan Remaja Serembang dan Remaja Bungin yang kalah dalam perlawanan separuh akhir menerima RM250.

Finalist bergambar kenangan bersama YB

Bungin Plus "Juara Bola Sepak Pesta Bungin 2010"

Pameran & Jualan 2010


Pemandangan di Tapak Pameran & Jualan

Pertandingan Menyumpit

Sebahagian daripada peserta pertandingan menyumpit terbuka yang berlangsung di Padang SK Bungin pada pagi 13 Mac 2010. Pertandingan ini turut disertai peserta daripada bahagian Kuching.