Ahad, Februari 21, 2010

Suasana Gotong Royong


TEBINGAN BUNGIN, AHAD - 21 MAC 2010, "Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing" dan "Bagai Aur dengan Tebing" bergitulah semangat dan sikap yang ditunjukkan oleh penduduk kampung dalam aktiviti gotong-royong membersihkan Tebingan Bungin, tapak pesta di mana berlangsungnya acara lumba perahu pada 12, 13 dan 14 Mac akan datang. Sebelum gotong-royong bermula majlis bacaan Doa Selamat diadakan. Orang ramai juga membawa kuih muih untuk jamuan semasa aktiviti tersebut.

Keriangan terpancar di setiap wajah setiap pekerja mengambarkan keikhlasan dan keseronokan dalam bekerja. Gurau senda, ketawa dan usik-mengusik menjadi bahan penyeri gotong-royong dan menghilangkan kepenatan bekerja.

Para pekerja menikmati minuman dan juadah yang disediakan dalam suasana meriah dan ceria. Dikesempatan ini juga jawatankuasa mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih atas kehadiran semua penduduk Kampung Bungin dalam aktiviti gotong-royong kali. Setiap titik peluh anda yang mengalir hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya dan semoga usaha kita sama-sama diberkati oleh Nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan