Ahad, Februari 21, 2010

Suasana Gotong Royong


TEBINGAN BUNGIN, AHAD - 21 MAC 2010, "Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing" dan "Bagai Aur dengan Tebing" bergitulah semangat dan sikap yang ditunjukkan oleh penduduk kampung dalam aktiviti gotong-royong membersihkan Tebingan Bungin, tapak pesta di mana berlangsungnya acara lumba perahu pada 12, 13 dan 14 Mac akan datang. Sebelum gotong-royong bermula majlis bacaan Doa Selamat diadakan. Orang ramai juga membawa kuih muih untuk jamuan semasa aktiviti tersebut.

Keriangan terpancar di setiap wajah setiap pekerja mengambarkan keikhlasan dan keseronokan dalam bekerja. Gurau senda, ketawa dan usik-mengusik menjadi bahan penyeri gotong-royong dan menghilangkan kepenatan bekerja.

Para pekerja menikmati minuman dan juadah yang disediakan dalam suasana meriah dan ceria. Dikesempatan ini juga jawatankuasa mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih atas kehadiran semua penduduk Kampung Bungin dalam aktiviti gotong-royong kali. Setiap titik peluh anda yang mengalir hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya dan semoga usaha kita sama-sama diberkati oleh Nya.

Isnin, Februari 15, 2010

Hadiah Lumayan Menanti !

BOLA SEPAK
Pertandingan Bola Sepak 9 sebelah N.30 & Jemputan akan diadakan di Padang SK Bungin pasti menjanjikan saingan yang sengit dan hebat di samping merebut hadiah Wang Tunai, Tropi & Medal kemenangan. Penaja & penyumbang utama pertandingan ini adalah SYARIKAT SRI DAMAI. Ganjaran istimewa adalah seperti berikut:
  • JOHAN: Wang Tunai RM3,000.00, Tropi & Medal
  • NAIB JOHAN: Wang Tunai RM1,500.00, Tropi & Medal
  • SEPARUH AKHIR: Wang Tunai RM250.00

Untuk keterangan lanjut sila hubungi: En. Alba Hj. Sujaidi & Timbo

MENYUMPIT:
Untuk keterangan lanjut sila hubungi: En. Mamin Hj. Chek & Alba Hj. Sujaidi

BATTLE OF THE BAND:

Untuk keterangan lanjut sila hubungi: En. Baha Hj. Suhaili & En. Malik Hj. Senawi

Ahad, Februari 14, 2010

Gotong Royong 2010

Sempena dengan Pesta Bungin 2010 satu gotong-royong membersihkan Tebingan Bungin, Batang Saribas akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: Ahad, 21 Februari 2010
Tempat: Tebingan Bungin, Batang Saribas (Lokasi Lumba)
Jam: 8.00 pagi.
Sehubungan dengan itu, bacaan "Doa Selamat" akan diadakan dan penduduk kampung digalakkan membawa ketupat dan kuih-muih.

Sabtu, Februari 13, 2010

Pesta Bungin 2010


"BAGAI AUR DENGAN TEBING" begitulah motto Pesta Bungin 2010 kali ini. Pesta ini akan bermula dengan rasminya pada 12, 13 dan 14 Mac 2010 yang melibatkan acara Lumba Perahu/Regatta merupakan acara rasmi pesta yang pasti menjanji kemeriahan bagi mengisi cuti persekolahan anak anda. Bertempat di Tebingan Bungin, Batang Saribas acara Lumba Perahu membabitkan kategori 10 pekayuh (L), 15 pekayuh (L & P), 20 pekayuh (L), 25 pekayuh (L) dan 30 Pekayuh (L). Borang dan keterangan lanjut mengenai acara lumba perahu boleh didapati daripada:
a) EN. BAHA BIN HJ. SUHAILI - 019 438 6141
b) EN. ZAM ZAM BIN HJ. YAKOP - 014 879 4629
Selain daripada acara Lumba Perahu, pesta kali ini juga dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti seperti berikut:
1) Bola Sepak Jemputan 9 sebelah,
2) Sukaneka,
3) Pertandingan Menyumpit Terbuka,
4) Pameran,
5) Pemeriksaan Kesihatan,
6) Pendaftaran Pengundi,
7) Hiburan & Pementasan (Pertandingan Kugiran & Karaoke)
8) Gerai Jualan
Jawatankuasa Induk 2010
Penaung: YB. Dr. Hj. Wahbi b. Hj. Junaidi
Penasihat: Penghulu Hj. Seliman b. Hj. Bujang
Pengerusi: Tn. Hj. Abg. Morni b. Hj. Abg. Ahmad
Naib-Naib Pengerusi:
KK. Tn. Hj. Yakop b. Mat
KK. Tn. Hj. Wan Shukeran b. T'ku Mut
KK. Baha b. Hj. Suhaili
Setiausaha: En. Adi b. Hj. Spaiee
Timbalan Setiausaha: Tn. Hj. Salleh b. Hj. Ismail
Bendahari: En. Malik b. Hj. Senawi
Ahli-ahli:
En. Mohd. Zaidi b. Hj. Yakop
En. Zam Zam b. Hj. Yakop
En. Mamin b. Hj. Chek
Sarjan Maslan b. Hj. Jaafar
En. Mahadir b. Seliman
En. Madeli b. Hj. Kasah
En. Alba b. Hj. Sujaidi
Tn. Hj. Syafiee b. Hj. Junaidi
En. Suhaini b. Dahli
En. Morshidi b. Dahli
En. Hamli b. Omar
En. Maimon b. Hj. Chek
En. Abd. Hadi b. Madeni
En. Bohari b. Tobek

AJK Pesta Bungin 2008

Bergambar bersama YB. Dr. Hj. Wahbi & Isteri

Pameran & Jualan 2008

Keris Warisan Melayu

Gerai Jualan & Pameran Keris

Gambar-Gambar VIP



Aktivi Bergambar Pesta Bungin 2008

YB Memberi sorakan kepada peserta

Peserta Menganyam Ketupat

Seorang Peserta Menunjukkan Kemahiran

Hakim Bertugas

Bola Sepak 2008

AJK Bola Sepak

Pengadil Perlawanan Akhir

Menerima Tropi Kemenangan

Johan Bola Sepak

Naib Johan Bola Sepak

Aksi di Padang

Pemenang Regatta 2008


Dr. Hj. Wahbi b. Hj. Junaidi, ADUN N.30 Saribas menyampaikan hadiah kepada sebahagian daripada pemenang Lumba Perahu

Peristiwa-Peristiwa Bergambar 2008

Bot Pegawai Bertugas

Penonton

Lena dalam Pangkuan

Menyambut Ketibaan VIP

Pekayuh Beristirehat

Pegawai Bertugas

Pengulas Lumba

Pemadangan di Garisan Penamat

Pegawai Bertugas

Pemandangan di Tebingan

Pelumba sedang Bersaing

Pelumba bersedia di Adan