Perahu Sri Raja Ular Lidi kepunyaan Karim ak Lepoh telah menempah sejarah pada Pesta Bungin 2010 kali ini kerana berjaya menjadi Juara kategori 30 Pekayuh Lelaki dan dinobatkan sebagai "RAJA AIR" pada acara Regatta kali ini. Manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh Gajah Puteh kepunyaan Lee ak Kedit dan Kumus Raja Burung 1 kepunyaan Ali Biju. Setiap pemenang menerima hadiah berupa Wang Tunai, Sebuah Tropi dan Sijil. Selain daripada acara Akhir atau Lumba Kejohanan acara Saringan 1 & 2 yang berlangsung 2 hari yang lepas (Jumaat & Sabtu) juga turut menerima hadiah berupa Wang Tunai, Sebuah Tropi dan Sijil bagi perahu yang merangkul Johan, Naib Johan dan tempat Ketiga.
YB DR. Hj. Wahbi menyampaikan Piala "Raja Air"
Naib Johan & Pemenang Tempat Ketiga menerima piala kemenangan masing-masing
Keputusan penuh acara lumba perahu adalah seperti berikut:
Saringan 1:
a) 10 Pekayuh: Johan - Beragai 2, Naib Johan - Sri Raja Ular Lidi A, Ke-3 - Kumus Raja Burung 2
b) 15 Pekayuh: Johan - Beragai 4, Naib Johan - Raja Belalang, Ke-3 - Kumus Raja Burung 2
c) 20 Pekayuh: Johan - Beragai 1, Naib Johan - Gajah Puteh, Ke-3 - Sri Raja Ular Lidi A
d) 25 Pekayuh: Johan - Gajah Puteh, Naib Johan - Sri Raja Ular Lidi, Ke-3 - Garuda Terbang
e) 30 Pekayuh: Johan - Sri Raja Ular Lidi, Naib Johan - Gajah Puteh, Ke-3 - Satu Malaysia
Saringan 2:
a) 10 Pekayuh: Johan - Sri Raja Ular Lidi B, Naib Johan - Beragai 3, Ke-3 - Kumus Raja Burung 2
b) 15 Pekayuh: Johan - Gajah Puteh, Naib Johan - Beragai 5, Ke-3 - Kumus Raja Burung 2
c) 20 Pekayuh: Johan - Beragai 6, Naib Johan - Raja Belalang, Ke-3 - Sri Raja Ular Lidi B
d) 25 Pekayuh: Johan -Beragai 7, Naib Johan - Raja Belalang, Ke-3 - Satu Malaysia
e) 30 Pekayuh: Johan -Beragai 7, Naib Johan - Kumus Raja Burung 1, Ke-3 - Sunami Menyapu Aceh
Akhir/Lumba Kejohanan:
a) 10 Pekayuh (L): Johan - Sri Raja Ular Lidi B, Naib Johan - Beragai 3, Ke-3 - Kumus Raja Burung 2
b) 15 Pekayuh (L): Johan - Raja Belalang, Naib Johan - Beragai 4, Ke-3 - Kumus Raja Burung 2
c) 15 Pekayuh (P): Johan - Sri Raja Ular Lidi A, Naib Johan - Beragai 4, Ke-3 - Kumus Raja Burung 2
d) 20 Pekayuh (L): Johan - Gajah Puteh, Naib Johan - Beragai 6, Ke-3 - Sri Raja Ular Lidi A
e) 25 Pekayuh (L): Johan - Beragai 7, Naib Johan - Gajah Puteh, Ke-3 - Sri Raja Ular Lidi
f) 30 Pekayuh (L): Raja Air - Sri Raja Ular Lidi, Naib Johan - Gajah Puteh, Ke-3 - Kumus Raja Burung 1

